I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 14 December 2010

..HaWa..

Seorang perempuan wajib
mempunyai tiga sifat iaitu : - 
  • Malu
  • Kedekut
  • Cemburu
Perempuan perlu sifat MALU kerana
dia wajib memelihara dirinya sama ada
sudah bersuami ataupun belum. 
Dia perlu juga bersifat KEDEKUT kerana
dialah yang menjaga harta suaminya 
apabila sudah berkahwin. 

CEMBURU ? Kenapa perempuan 
perlu sifat cemburu? 
Sifat cemburu perlu adalah menegur 
suami apabila suami melakukan apa 
yang dilarang dan dimurkai Tuhan 
ataupun lebih tepat, maksiat.

Perempuan Mengalah Kepada Lelaki?


Sudah  menjadi fitrah manusia, 
lelaki melindungi perempuan. 
Perempuan lemah dan sebab itulah 
di dalam, lelaki adalah pemimpin kerana 
dia lebih kuat daripada perempuan. 
Bukti lelaki kuat ialah lelaki dikurniakan 
sembilan akal dan satu nafsu manakala 
perempuan dikurniakan sembilan nafsu 
dan satu akal sahaja. Tapi bukanlah 
maksudnya di sini perempuan itu adalah 
lemah semata mata cuma apa yang ingin 
ditekankan adalah perempuan itu lemah 
dan perlu dilindung oleh insan yang 
bernama lelaki.

Silap dan dalam agama disebut (Dayus) 
jika kekuatan lelaki digunakan untuk 
menganiaya perempuan kerana di dunia 
kini jika kita intai-intai perempuan ramai 
yang menderita angkara lelaki. 
Tapi perlu beringat, bukan semua lelaki begitu.

Air mata Adalah Kekuatan Bagi Perempuan


Kenapa air mata adalah kekuatan? 
Ya, itulah kekuatan seorang perempuan. 
Air mata adalah penenang kepada jiwanya. 
Percayalah, apabila seorang perempuan 
itu menangis, dia akan berasa tenang. 
Ibarat melepaskan batu yang digalas di bahu. 
Air mata penyelesaian masalah? 
Bukan penyelesaian masalah tetapi satu cara 
menenangkan jiwa. Air mata adalah anugerah 
Tuhan yang tidak ternilai kerana itu 
menunjukkan ketulusan jiwa seorang perempuan. 
Hati perempuan mudah tersentuh dan sesuai 
dengan statusnya menjadi ibu satu hari kelak.

Lelaki tiada kekuatan ini. 
Sebab itulah hanya perempuan yang disandarkan 
tugas melahirkan anak atau setepatnya zuriat. 
Sebab itulah perempuan sanggup menahan 
kesakitan mengandung & melahirkan anak 
tetapi tidak bagi lelaki. 

Jika diperhatikan. 
Perempuan itu kuat dari segi jiwanya 
manakala lelaki kuat dari segi fizikalnya.

Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon